Assalamualaikum..
Rasa dah lama x bukak blog ni. Niat nk update tu ada, tp x berkesampaian. Memandangkan ada lg seminggu sebelom first paper, jadi amik kesempatan utk update pengalaman melahirkan ank sulung aku 38 hari yg lepas. (Dah 38 hari pantang dah.. yesss!) hikhikhik.
*update kali ni agk panjang ye. heee.
Alhamdulillah. hari ni dah masuk hari ke 38 berpantang. Aku selamat melahirkan cinta hati pertama aku dan suami, pada 13/11/13 pada jam 6.04pm. Nama diberi Wan Siti Thaqifah yg bermaksud, cerdik, dan mudah faham. Mmg jenis aku, x suka bg nama pelik2. Nk bg nama yg simple dan ada maksud yg baik seolah2 kita mendoakan dia. Knp pilih Siti,bukan Nur mahupun Nurul? Kerana aku amik shafaat nama2 isteri Nabi yg bermula dgn "Siti".
Mengimbas kembali saat aku lahirkan Thaqifah dulu, merasakan diri ni seolah2 xnk mengandungkan anak lg. Hari demi hari aku tunggu tanda2 utk baby keluar tp hampa. I had no contraction at all until doktor dah buat surat awal2, kalau dh overdue lebih 9hari, aku kene admit ke HUSM Kota Bharu,Kelantan. Hospital daerah (Jerteh) x boleh amik case yg melibatkan overdue, pecah ketuban etc. Setiap hari aku berharap ada tanda2 baby nk keluar tp bila org2 tua tgk aku, semua ckp kedudukan baby "tinggi" lg, baby x turun sepenuhnya dlm sarang.
Hari demi hari, panggilan call, msg, whatsapp dari kawan2, dari saudara belah suami bertanyakan "Alin dh bersalin belom?" "lewatnyeee.." "tak rasa sakit lg ke?" "cuti uia smpi bila? dhtu cmne nanti? Final cmne?" "nanti amik study leave jelah dah baby keluar lambat..". Sampai satu tahap aku rasa bengang, emosi terganggu, rasa marah pada ank dlm perut, kenapeeeeela kau xnk keluar lg. Tp sabar, sabar dan sabar. Due date aku 3/11. Cuti UIA bg pada aku, until 15/11 je. Suami pulak dah sebulan cuti tak bergaji, tp anak x keluar2 lg. Sgt stress! Kalaulah aku ni tahu bila ank tu nk keluar, dah lama aku bgtau. Tp apelah daya kita sebagai manusia.. Mgkin Tuhan dah aturkan yg terbaik..
Bila suami online, kawan2 dia mahupun kawan2 aku yg due date nye dlm minggu yg sama dgn aku ataupon lewat sikit je dari aku, semua dah selamat bersalin. Lpstu dia bgtau aku, "kwn papa ni, due sama ngn ma, tp dah bersalin dah bini dye.." Time tu rasa terkilan, rasa sedih, rasa kecewa semua ada.. tp dah nk buat cmana, diluar kemampuan kita, baby xnk keluar lg..
10/11/13
Sampaila masuk hari ke-8 , aku pon bgtau suami, aku nk serah diri di Kota Bharu Medical Centre (KBMC) sbb xnk bersalin di HUSM memandangkan ramai sgt doktor pelatih kt sana. Pagi tu kami pon pergi dgn harapan aku dpt bersalin secara induce pada hari tu jgk.
Sesampainya kat sana, aku diarahkan utk buat check-up ujian air kencing, darah etc and alhamdulillah semua normal. Aku pilih Dr. Lily utk proses bersalin aku. Kemudian aku disuruh masuk ke bilik doktor.. Check tekanan darah, doktor ckp tekanan darah agak tinggi, mungkin keadaan aku yg berdebar kot. Lpstu aku disuruh naik ke katil utk scan baby, kemudian doktor ckp, "Besar ank awak nih. Operate laaa." aku pon balas, "kalau boleh sy xnk operate.. sy nk normal.". And then doktor ckp, "cmana nk normal, estimate weight ank awak, 4kg-4.3kg nih. Mmg xleh nornal. Air ketuban awak pon dh berkurang. Overdue lg, darah tinggi lg." Allahuakbar.. aku terdiam, cuba tenangkan fikiran kejap, and aku buat keputusan, "Takpelah doktor, sy dtg sini mind set sy nk normal. Kalau kene operate, sy nk ke HUSM la,."
Lps settle bayaran bil semua, aku dan suami pon bergegas ke HUSM. Dlm perjalanan, suami x berhenti bgtau, "Allah mama.. 4.3kg ma.. adeeiii". He repeatedly mentioned the same thing sampaila ke hospital. Aku diam cuba tenangkan fikiran dan perasaan. Keciknye hati hanya Tuhan yg tahu.. Wallahi, takde sape nak ank besar, tp semua tu kuasa Allah, di luar kemampuan kita. Kalaulah suami boleh faham perasaan isteri time tu.. Perasaan bimbang kita pada kandungan kita, pada proses kelahiran kita, ditambah pula dgn kata2 dari suami time tu seolah2 menyalahkan aku punca ank besar. Maklumlah, aku mmg sgt berselera makan pd bulan2 akhir sblm kelahiran. Lepas berhenti makan kejap kat sebuah restoran ni, kami terus ke hospital. Aku mmg dah x berselera time tu sbb pikirkan kandungan, kecik hati dgn kata2 suami, tp aku diam saja anggap mcm tak ada ape2 berlaku dan mungkin suami aku masih terkejut memandangkan ini ank sulung.
Sampai di hospital, aku ditahan ke ward anti-natal. Ptg tu nurse dtg amik darah, check tekanan darah setiap jam. Sampaila 3 jam selepas tu, ada sorang nurse yg agk berusia dtg amik tekanan darah, dan tekanan darah aku kembali normal. Kemudian dye tye aku, "adik ni berdebar ke runsing nk beranak?" aku pon bgtau, "sy takut nk bersalin.. nurse, kalau ank estimate 4kg, xleh bersalin normal ke?" Lalu nurse tu naikkan semangat aku, "kt sini kalau 4kg tu bende normal dik. 4.5 pon ade yg bersalin normal. Adik jgn bimbang.. kat sini operate tu pilihan terakhir utk doktor2..biasa la tu 4kg, dah adik ni pon tinggi, tulang kasar.. ank besar pon org x pelik dah.." Lps nurse ckp mcmtu, baru aku rasa lega sikit.
Ptg tu umi ayh semua dtg.. 5pm baru boleh masuk memandangkan anti-natal ward xleh ade peneman. Waktu melawat je boleh masuk. Kebetulan ada doktor cina suruh masuk bilik khas utk check jalan.. Aku time tu I dont have any ideas cmana org check jalan ni.. Rupa-rupanye kita kene buang panties, kemudian kangkang and doktor akn seluk jari dye dlm lubang rahim utk tgk dh berapa CM bukaanye. Doktor chinese tu buat lembut.. dahla cantik.. x rasa sakit pon. Dye ckp, "bukaan baru 1cm la..". Aku pon kembali ke katil aku and ckp2 dgn umi ayh and suami aku.
Selesai waktu melawat, dorang semua balik.. suami aku pon balik ke jerteh utk amik barang2 aku utk dibawak esk pagi waktu melawat 11am-2pm. Mlm tu kat hospital aku x mandi memandangkan xde towel etc, x sangka pulak kene tahan ward. After solat isya, para2 doktor pun melawat dari katil ke katil, and then sampaila katil aku. Kemudian doktor perempuan kedah yg pot pet pot pet mulutnye bg aku, agk ramah laa.. ckp pon mcm ckp dgn kawan, dye suruh masuk check jalan lg.. Kali ni aku dh mula rasa sakit dye seluk. Sgt kasar! Grrrrr! Kemudian dye ckp, "3CM". Lpstu dye tye aku, "Mlmni masuk labor room pecahkan ketuban nak?" Aku pon x dpt bg jawapan yg pasti, kemudian aku tye lg, "mlmni ke?" dye pon jawab, "yela mlmni, awk dh overdue ni.. xkan nk tggu lg lama?". Keluar dari bilik tu, aku terus call husband, aku ckp bukaan dah 3cm, doktor nk pecahkan ketuban mlmni. Kemudian dye terus bergegas dtg around pkul 9 lebih time tu.
Few minutes later, ade nurse dtg, dye ckp doktor separa pakar nk jumpa dlm bilik ultrasound utk check size baby. Kali ni dh masuk kali ketiga check size baby. Kali pertama, doktor x dpt detect. Katanya kalau lebih dari 4kg, mmg mesin xleh detect. Maknanye baby awk mmg besar lah. Kali kedua dpt 3.9Kg. Yg kali ni pon dpt 3.9kg. Kemudian doktor tu discuss dgn aku which process yg aku nak, sbb either normal or c-sec 2-2 ade risiko. Mula2 aku dh cuak sbb ank besar, so aku pilih c-sec. Tp lepas doc tu yakinkan aku, then aku pon tukar keputusan utk normal. Tp doc tu ckp, aku x dpt bersalin skrg, sbb hari tu dan esk cuti rasmi negeri kelantan, so aku kene tggu rabu yakni 13/11/13 baru boleh induce.. Memandangkan baby aku ni suspected Macro Baby (baby besar), so proses bersalin aku mestilah dgn doktor pakar.
11/11/13
Hari ni hari kedua aku kat ward. Seperti biasa, bangun subuh kemudian mandi and breakfast.. pagi2 lg aku mkn telur ayam kampung 1 biji..Itu pon lepas search blog2 org lain yg ckp telur ayam kampung ni lg mempercepatkan contraction anak tu turun.. Tp seeloknye mkn 4-7 biji skali mkn, mentah2.. Ape yg aku perasan, lepas mkn telur aym kampung tu, lendiran darah dah mula keluar sikit2. Maknanye itu petanda yg baik! Beberapa minit kemudian., doktor dtg suruh turun ke labor room utk buat ultrasound kt bawah. Aku pon dibawa oleh nurse menggunakan wheel chair padahal bkn sakit pon. huhuhu.
Sampainye kat bilik ultrasound tu, ada 3 orang doktor lain bersama doktor tu.. lepas scan, estimate berat baby 3.8kg. Aku dh mula pening, kejap 3.9, kejap 3.8, kejap 4kg. Lg la aku xtau nk buat keputusan either nk operate atau normal. Lepastu doktor tu nk check jalan. Adeeeiiii sikit2 check jalan, sikit2 check jalan.. Kali ni dye seluk, agak lama.. dye ckp still 3cm and nk tekan sikit, utk lembutkan serviks, memudahkan bukaan utk lebih besar. Ya Allah! hanya Tuhan je yg tahu bila dye masukkan 3 jari kt dlm tu and tekan2 ke kiri ke kanan, ke dalam, dye longgar2 kan sekeliling serviks tu, smpai mengalir air mata menahan sakit!
Lepas settle semua, aku naik ke ward and husband dah ade time tu kt sebelah katil memandangkan waktu melawat time tu. Aku naik, x dpt nk ckp ape2 sbb still rse sakit kt serviks tu, smpi keluar cecair coklat! Aku terbaring kt katil sambil tahan sakit dan bgtau suami, "sakitt.." Few minutes later, baru lah cerita pd husband doktor tu lembutkan serviks etc.. =(
Pada petangnye mcm biase, husband dtg melawat lg, 5pm-7pm. Aku dah bgtau siap2 umi ayah aku x pyh dtg pon xpe. Tggu betol2 nk bersalin baru dtg.. Tiap kali duk dlm ward, selalu tgk jam pkul berapa, x sabar2 nk tgu husband masuk. Bila waktu melawat dh habis, rse bosan sgt.. rasa seolah2 menunggu hukuman gantung.. setiap kali doktor lalu, mesti rasa tkot and ckp dlm hati, "eei ape lg doktor ni nak.. check jalan lg keeee...." hahahaha..
Pada malamnye selepas mandi and solat, seperti biasa, doktor akn dtg dari katil ke katil dan aku kene masuk bilik lg utk check jalan.. kali ni dgn doktor perempuan jgk.. kesan yg dye buat td pagi pon x hilang lg.. mlmni dh kene pulak.. sakit sgtt! still 3cm lg.. =(
Malam tu, aku dh mula rasa down.. dah mula rasa sunyi.. menangis sebelom tdo, rasa rindu pada umi.. mula rasa bertapa susahnya seorang ibu utk melahirkan.. dan mengenangkan, bertapa kuatnye umi.. melahirkan 5 org anak.. aku yg sorang ni pon dh mula rasa mcm xnk pregnant lg.. x tahan menahan sakit.. itu belom proses bersalin lg tu.. Setiap malam, mesti ade org mengerang kesakitan dan dibawa ke labor room. Aku yg masuk dari kelmarin pon x beranak2 lg, yg masuk arini, mlmtu terus ke labor room. Aku dah bosan tggu bila turn aku akan tiba.. org lain semua senangggg je bersalin, jalan terbuka. Tp aku? Kesian shidy asyik ulang alik je dari jerteh-hotel-hospital melawat aku.. mesti kurang tido + penat lg., kesian sgttt..
12/11/13
Pagi ni lepas mandi, smyg subuh and breakfast, doktor dtg check, nadi baby etc, kemudian mereka nk check jalan.. Aku terkejut bila masuk bilik check jalan tu ade 2 org doktor lelaki dan 3 org doktor perempuan. Tp aku buat2 mcm x malu tanggalkan panties aku dpn tu and mengangkang atas katil tu.. Doktor ni check kasar jgk, tp x sekasar yg kelmarin.. and then dye ckp still 3cm. Lpstu dye bgtau aku, "awk ni maybe esk bersalin.. esk doktor pakar akn dtg tgk awk k.." aku just ckp, "ok". dah malas nk tye byk2.. dh penat dgn sikit2 check jalan, sikit2 check jalan..
Lepas aku keluar ke katil, dari siang ke malam, xde ape2 progress dah, memandangkan aritu cuti rasmi negeri kelantan, jadi dorg x buat ape2 kerja. Cuma pagi tu check jalan, petang and malam aktiviti bebas. Nurse je yg dtg check nadi baby, check tekanan darah aku. Mlm tu pon lepas solat, mengaji, menangis mengenangkan nasib diri, dah 2-3 mlm kt ward, lalu aku pon tertido pkul 10pm lebih2 sikit.
13/11/13
Harini hari yg ditunggu2.. tp bgun pagi aku xde semangat dahh.. sbb aku x percaya dah kata2 doktor.. kejap2 esk, kejap2 lusa.. tp still sama keadaanye. Aku dh mls pk lg, yg aku tau aku nk bersalin cpt2.. dh rimas duk hospital lama2.. seolah2 terputus dgn dunia luar.. xtau siang ker, malam ke, semua tertutup xde tingkap.. Rindu pada suami hanya Tuhan yg tahu,. Pagi tu aku minum telur ayam kampung 7 biji memandangkan aku ade terbaca kat buku doktor, dorang estimate utk pecahkan ketuban aku pada hari ni. Tepat2 tengah minum telur itik mentah, ade doktor lelaki muda yg agak hensem ni dtg, dye check aku semua.. then berlaku la conversation yg bg aku agk mesra disitu, hikhikhik..
doktor: Azlini, knp awk xnk operate?
aku: erm sbb sy mmg nk normal..
doktor: operate x normal ke? hahaha dye gelak
aku: nanti klo operate xleh beranak ramai?
doktor: hahahaha dye gelak lg, spe gtau awk?
aku: bkn mcmtu ke doktor?
doktor: x jgkkk.. boleh je klo nk ank rmi, tp kene ade gap la.. setahun dua.. ermm awk ni mcm muda lg.. umo brp ni?
aku: 23.. knp?
doktor: 23? muda tuhh.. kawen umo brp? bljr lg?
aku: sy kwen bulan 2 aritu.. sy bljr lg..
doktor: awk bljr ktne? kos ape?
aku: sains kemanusiaan.. sy uia.. last sem dah..
doktor: ooo sains kemanusiaan.. susah x? bagus awk nih, mudah2 dh ade angan2 nk anak ramai.. xde kawan yg single2 yg nk anak ramai jgk? sy pon muda lg, baru 32.. hahahaha dye gelak lg, tp tau dye bergurau.. huhu
Lepas sembang2 ngn dye, kemudian dtg doktor separa pakar, Nigeria kot, sbb kulit hitam..dorang pon bincang.. kemudian doktor Niger tu suruh aku g check jalan.. Aku pon masuk la dlm bilik. Fuh! kali ni Dr. Niger and Dr. Hensem tu ada sama.. Malunyeeeeeeeeeee! Tp believe it or not, Dr. Niger tu dye x pandang pon.. dye suruh kangkang, tp dye tutup ngn kain.. dye masukkan jari dye pon x sesakit Dr sebelom2 ni.. dye buat dgn penuh tata-tertib. Tp still, bila dh duk hospital gov ni, xleh nk demand2 sgt.. dah org nk tolong kita, aku pon redha ajelah wlupun depa tu lelaki.. Still 3cm and doktor Niger tu ckp dye akn bincang ngn Dr. Pakar.
Few minutes kemudian, dtg lah Dr. Hensem, Dr. Niger, dan Dr. Ramah. Dr. Ramah ni dye kawan rapat ngn Dr. Hensem. Aku pggil dye Dr. Ramah sbb dye peramah cite psl bini dye pon bersalin ank besar, tp bila lahir berat anak x sampai 4kg pon sebenarnye.. Dr. Pakar tu pon check aku.. Ohhhhhh! tersangatlah baik dan peramah. Aku tgk doktor2 lain ckp ngn dye semua ckp dgn sopan dan tata-tertib diibaratkan dorang susun ayat sepatah2 keluar dari mulut tkot tersalah ckp. Tp bila doktor pakar tu duduk atas katil sebelah katil aku, riak muka dye yg masam sambil main hp seolah2 x endah ape doktor lain duk explain psl aku, terus berubah. Dye senyum and ckp pada aku, "saya nk check awk ni.. awk kalau sakit bgtau sy deh. takpeee.. jgn takot.. insyaAllah selamat.. kalau awk bersalin normal pon, kita ade doktor pakar ramai kt sini akn ade bersama awk.." ucapan dye kt tepi telinga aku sambil tekan2 perot check baby tu, fuhhhhh! terus rasa seolah2 dipeluk oleh seorang ibu! dahla baik, cantik pulak tuh!
Aku kemudian dibawa ke bilik ultrasound.. semua doktor masuk nk tgk Dr pakar tu check perot aku.. Student Medic USM pon ade sama.. Mgkin ank2 murid dye kot.. Percaya atau tidak, menggunakan mesin scanner yg sama seperti doktor2 sblm ni guna, hanya dia je yg dpt estimate weight yg betol. Dye dpt 4kg! Lepastu dye tgk buku aku, doktor lain buat semua ade 3.8,3.9kg, dye buat dpt 4kg. Padahal mesin yg sama. While smiling she said, "same machine but different result. Let see how accurate it is." Aku pon senyum je pd dye.. dye x putuskan semangat aku.. dye bgtau aku, "xpe azlini.. 4kg x semestinye 4kg.. it can be 3.6, 3.8kg.. 500g +/- dari result kita..". Then dye arahkan semua doktor keluar, kemudian dye mintak nk check jalan.. Seriously doktor pakar ni buat dgn sgt lembut dan x sakit! dye ckp still 3cm.. Kemudian semua doktor masuk.. now i have 4 doctors with me.. semuanye doktor pakar..tp doktor perempuan tu dye senior pakar.. dye tye ape keputusan aku, either aku nk normal or operate.. aku pon ckp normal. Then dye check kedudukan baby, dye ckp baby still tinggi.. "sy tkot jalan dh bukak 10cm, tp ank tinggi, last2 kene operate jgk.,. nanti bawah pon jahit, atas pon jahit.. " Phewww... aku pon pk seminit, and then aku decide, "oklah sy setuju, sy proceed dgn operate." lepas beberapa kali dye tye, "sure? betol ni?" aku pon ckp, "yess im sure."
then terus dye call labor room utk book bilik bedah, lepastu doktor hensem ckp, "azlini, 3.30pm kita masuk bilik bedah. for now awk puasa ye. 6jam." Lepas sign aggreement semua, aku pon call umi ckp kene operate. While crying aku bgtau sbb aku rasa sedih sgt.. mmg aku nk normal, tp mgkin itu yg terbaik utk aku buat masa tu.. doktor x dpt confirmkan either aku akn di operate arini atau esk.. bergantung pd availability labor room. setiap pembedahan akn stop 8pm. in case of mine, kalau kata pkul 3.30-8pm tu ade emergency patient luar or ape, mgkin kes aku ni akan ditunda esk hari. So aku x berharap sgt wlupun suami aku dh berharap aku bersalin hari tu jgk. dye dah x sabar nk tgk baby and kehulu-kehilir di hospital,bermalam tanpa aku, kami rindu sgt2.. x sanggup tgk suami menunggu di luar wad sampai ke pagi tkot2 kalau aku terberanak pkul 2-3pagi.
3.30pm, still xde ape2 berita dari doktor.. aku dah lapar gile time tu baby mintak nk makan, smpi menggigil2 puasa 6 jam.. Suami pulak aku suruh balik hotel berehat, tp dye xnk. Dye nk tunggu kt luar ward smpi tau apa keputusan doktor, arini ke esok akn dibedah. Aku pon dah penat nk tunggu, aku dh rasa mgkin bkn arini, mgkin esk.. so aku mls nk pk dan berharap. Kemudian aku pon ke ruang solat and solat zuhur.. Keluar je bilik solat, amik phone nk msg shidy, kemudian sorang nurse dtg cuit bahu aku dari blkg, "Azlini, ready masuk bilik bedah. Skrg." Kau tau x ape perasaan aku time tuuu???? Rasa nk gugur jantung aku ni.. Dupdapdupdap berdebar.. Kemudian aku masuk ke bilik khas dan diarahkan buang baju semua without any piece of shirts, and then dye masukkan wire ke saluran air kencing. Sgt x selesa! Aku pon naik atas katil beroda utk ditolak.. Tp sblm tu nurse suruh aku call husband dulu tggu dpn ruang menunggu labor room.. Lps call sume, mmg sgt kalut time tu sbb x espect akn bersalin time tu.. Aku disuntik masukkan air, dan diberi minuman ape nth. Lepas minum tu terus keluar air mata, air hidung etc. Rasa pedih hidung, nk batuk, nk bersin mcm nk demam. Ingat nk mati je time tu. Hahaha. and aku tye nurse, "Nurse mmg rasa mcmni ke? pedih mata, hidung, tekak, x tahan rse.." tp nurse ckp normal mmg cmtu.. aku rasa mcm nk batuk, tp pedih dada.. seolah2 sesak nafas,, aku tarik nafas pon tersekat2.. igtkan dh nk pengsan ke mati ke time tu.. hahahaa.
Keluar dari lift, aku tgk ramai orang di ruang menunggu.. semua mata tertumpu pada aku.. aku bg hp pd suami dan x dpt ckp lebih memandangkan keadaan x mengizinkan.. Sebak melihat wajah husband ketika ditolak ke dalam labor room. Tak sempat nk mohon maaf sbb aku sgt x selesa dgn diri aku.. pedih dada, hidung, tekak dan mata.. mengalir air mata ketika ditolak ke labor room. Time tu, i dont have any ideas cmana la rupenye labor room, bilik bedah ni.. kemudian nurse tolak aku letak di luar bilik bedah.. Nurse bilik bedah tu bgtau, patient sblm aku x siap lg dijahit, so aku kene tunggu.. Aku masuk labor room 4.30pm, and terpaksa tunggu kt luar selama sejam memandangkan patient sblm aku tu dye berbadan besar, so agk lambat proses jahitan dye.Bertentangan dgn bilik bedah tu labor room biasa.. Sementara tggu turn masuk bilik bedah, mcm2 suara aku dgr org kt labor room biase. Ade yg menjerit ingat Allah, ada yg menjerit sumpah seranah pd doktor.. Aku berdoa mudah2 dijauhkan semua tu dari aku keluarkan kata2 yg x sepatutnye.. bibir ni x henti2 baca ayat Nabi Nuh sampai terlelap atas katil tu.
...................................................................................................................................................
(30May14)- sambungan
5.30pm, pakar bius dtg bg keterangan pd aku, dan akupon sign agreement utk dibius. Later, aku pon ditolak masuk ke dlm bilik bedah. Sejukkkkk gileeeee sampai menggigil. Then pakar bius arahkan aku duduk menegak while peluk bantal kuat2.. 2 suntikan di tulang belakang which call epidural.. Sakit, tp takdela sesakit check jalan tu.. huhu.. Utk pengetahuan, bius yg diberi hanyalah bius separuh badan where aku dpt bercakap dan melihat seperti biasa (but of coursela ade tirai which aku x dpt nk tgk doktor tgh bedah perot aku) tp aku x boleh rasa ape dorg buat pd perot aku.. Cuma aku rasa bergoyang seolah2 terumbang-ambing atas bot dilautan. Around 6.07pm, aku terdengar bunyi batuk baby. Ya Allah! menitis air mata.. rasa gembira, eksited x sabar2 nk tgk muka dye.. Tp aku x dpt tgk lg.. memandangkan bidan bawa Baby pegi mandi.. While doktor tgh jahit perot aku tu, Nurses, and pakar bius semua bising2 dtg pd aku.. "Azlini! putihnyee ank awok.. Putih Gebu! gerammmm bdk2 ni tgk.. Gebuuu molekkk anokkkk." I just smiling.. Lg la x sabar nk tgk ank.. hehe. Then doktor hensem dtg intai aku kemudian dye ckp, "4.1kg anok.. sihat molekkk" hahahahhaa. Apa2 pon Alhamdulillah, dia dh selamat dilahirkan walaupun aku x dpt lihat dia lg..
6.45pm, aku dibawa keluar dari bilik bedah, tp ditempatkan di satu bilik.. Masuk je dlm bilik tu, aku lihat seorang bayi dibedung kain hijau pd badannye.. Aku lihat.. tp still x nampak muka.. Kemudian dtg seorang nurse and bgtau.. "Azlini,, itu la ank awak. dh keluar dah.. meh sy dekatkan ngn awk.." Aku tgkk dye.. dye tgk diberi oksigen.. Mata dia tenung aku.. Lama. Seolah2 dia tau aku ibu dye.,. waktu dia tenung tu.. aku rasa malu.. aku pandang arah lain kejap.. kemudian aku pandang dye balik, and dye still pandang aku.. tak nangis, diamm aje dye.. Menitis air mata melihat dye.. 9bulan kehulu-kehilir, suka duka sedih bersama, dah tiba masanye utk dia melihat dunia. Perasaan waktu itu, ssh utk digambarkan. Tersangat2 indah.. tersangat2 sedih.. Kemudian nurse ambil bayi tu, dia letak di pangkuan aku. Perkataan pertama aku ucap, "Assalamualaikum Anak Mama,,." menitis air mata hanya Tuhan yg tahu.. menggigil kesejukan masih x hilang.. Aku beri susu pertama buat anakku, bersungguh2 dia hisap.. hingga bila doktor alihkan pd dada sebelah lg, menangis2 dia.. Rupanye ank mama lapar.. seharian mama berpuasa sebelom dibedah... kesian dia..
Setelah diperiksa keadaan baby, and alhamdulillah semua ok, aku ditolak keluar.. and baby ada di pangkuan aku.. Keluar dari bilik bedah, nurse panggil nama suami.. Terpinga-pinga dia melihat ank dia sendiri. Terserlah kegembiraan di wajah suami.. Sgt terserlah keterujaan dia,, Sepanjang ditolak ke wad, asyik pandang aje wajah ank.. Nk tgk lebih2, malu kat nurses yg duk tolak tu. hehe. Nurses bgtau, "Putih lepuk anokk! patutla putih, mak ayah pun putih." hehe Alhamdulillah..
Tiba saja di Wad, aku dh mula rasa kesakitan ubat bius,, Ditambah pula aku sakit rengat.. Hanya Allah saja yg tahu kesakitan pd waktu tu... tak tertahan,, hanya mampu menangis, merenget, dan bersabar,, Terpaksa berpuasa lg hingga jam 5am. Perot ni lapar tak terkata..
Tp apa2 pon, aku bersyukur, aku dpt lahirkan Thaqifah dgn sempurna.,. Hingga suatu masa aku berfikir, tak apalah risiko utk ibu, janji ank selamat. Biarlah ibu tanggung segala risiko, asalkan aku dapat lahirkan zuriat buat suamiku.. Sekurang-kurangnye.,. andai aku pergi dulu, aku tinggalkan amanah dunia dan akhirat buat diriku dan suamiku..
Wan Siti Thaqifah,, lambang cinta pertama mama dan papa.. Semoga membesar dgn sihat dan menjadi ank yg solehah, cerdik, rajin dan mendengar kata. Aminnnn
p/s: Waktu entry bawah ni ditulis, yakni 30May2014, Thaqifah dah 6bulan 2 minggu. Almost go to 7Months. Syukur Alhamdulillah, =)