D.I.Y


CANDY BUFFER TAG


Kali ni aku nak share, first thing yg aku DIY (Do it Yourself). In other word, buat sendiri lah. Tak amik upah mana2 pihak kedua mahupun ketiga. Hehe. I was thinking about my candy buffer nanti. Usually org letak tag nama chocolate and candies kan? Memandangkan aku rasa tak berbaloi utk tempah, jadi aku cuba2 utk buat sendiri.

Firstly, aku amik gambar ni kat google,


Actually gambar kat atas ni dye ade tulisan dalam kotak putih tu. However, aku guna 'Paint Picture Editor' utk erase kan semua tulisan tu. So jadilah mcmni. Kemudian, lepas erase ape yg patut, aku edit gambar ni kat Picasa. Aku crop part bawah skali, and aku tulis dalam kotak putih tu ape aku nk tulis. So, jadilah mcm kat bawah ni,



Mungkin nampak agak kecil sizenye, tp aku boleh je kalau nk resize balik. Edit balik guna Paint Editor. And then next step, aku akan print bende ni, kemudian baru tampal pada kertas keras warna hitam supaya nampak lg cantik. =)






PAR MAS KAHWIN



Assalamualaikum. Kali ni aku nk share bende kedua yg aku buat sendiri. (It was first actually) iaitu par mas kahwin. Ade org, dye letak sekali, mas kahwin + gelang nikah/ cincin nikah dlm senarai barang hantaran. Tp for me and Shidy, memandangkan jarak majlis akad nikah & reception a week, jadi we decided to differentiate between barang2 hantaran, dan dulang mas kahwin and gelang nikah.

Tak cantik, tak vogue, tak esklusif pun aku buat. Just campak2 je. Masa aku buat ni, before ramadhan kalau x silap. Ke time ramadhan? Nthla, almost lupa. Beli brg2 ni awal. On July lg memandangkan kitaorg plan nk nikah on September. Unfortunately, atas sebab2 tertentu, kami decide utk kembali plan asal. Nikah smggu sblm majlis. Brg2 ni semua beli x plan pon. Kami pergi carrefour wangsa maju nk mkn2. Kmudian ternampak kedai pengantin, Sireh Pinang ke ape. And bila masuk, aku terjumpa bantal polistrine ni, terus bgtau Shidy. Alang2 dah amik bantal, terus amik manik2 dye skali, then Mini Cinderella Cage. Comell. Huu.

Bantal yg besar both harga RM5. Yg tapak kat bawah tu, RM2.50. Manik2 tu, harga biasa lah, RM6.80 semeter kalau x silap. Kemudian Cinderella Cage tu RM5 kot. Tp x lebih dari 5 laa. 

Balik cuti raya aidilfitri lepas, boring2 kat rumah, umi ajak pegi beli bunga kat Era Nona. Actually x berkenan sgt sbb bunga dye nmpk sgt artificial. Tak menarik. Tp pk sbb xde choice, aku pun beli la bunga pink kecik2 tu, kmudian bunga merah besor tu. Harga x sure berapa. Tp total damage skali ngn pembalut polistrine, manik oren2 tu, bunga, around 50 something.



This one utk letak frame duit mas kahwin dan gelang nikah aku. Maknanye yg ni dari Shidy utk aku lah. Huu



This one pulak dari pihak aku utk Shidy. Ada Cinderella cave kat atas tu utk letak cincin. Takdela nampak kosong sgt. Hehe. Bunga tu pulak, dah xtau nk campak mana. Jadi aku main letak jerk. Bunga pun x nmpk menarik, sbb nmpk sgt bunga murah and x nmpk real. Kalau beli kat kaison kan bestttt~~



Both. Simple saja kedua ni haa. Time ni mcm xtau sgt lg nk gubah- menggubah. Skrg taula siket bila dh start baca2 blog org yg buat tutorial. Huhu. Ada jgk fikir nak buat lain, tp rasa mcm membazir. Lgpon nikah je pon. Guna jelah alang2 dah siap. Bukannye org nk tgk. Berapa jam je pon majlis nikah. Ecehh, ayat sedapkan hati. Huhu





HANTARAN UTK PIHAK PEREMPUAN


Hehe tak tau nk tulis tittle ape actually. Maka aku tulislah hantaran utk pihak perempuan, yakni hantaran dari Shidy utk aku. Memandangkan tunang kesayangan aku tu kerja di lautan, jadi, segala bende yg melibatkan wedding preparation, semua atas bahu aku. Tugas dia hanya kumpul duit, cari duit, dan complain. Huhu.

Sejujurnya, tak pernah terdetik di hati aku utk mengungkit, melafazkan kata 'susah' utk buat segala persiapan perkahwinan seorang diri sbbnya prinsip aku mudah. Mcmana kau tgk aku susah kehulu kehilir cari barang, mcmtula jgk susah nya si lelaki bekerja siang dan malam utk cari duit kahwin. Jadi, bende nye sama, cuma berbeza tempat dan keadaan.

Seperti aku ckp in previous part, hantaran dari Shidy utk aku ni bukan dulang, bukan bekas, tp kerawang. Kerawang cmne? Let see.



Aku mls nk upload satu2, so aku upload 2 in 1 terus. Yg putih tu bekas kerawangnye.. Dan bunga plastik kat atas tu sebagai hiasannye. Actually aku xde idea sgt.. Tp aku try2, and rmi ckp cantik. So proceed jelah. Hehe.



Ini step pertama aku buat. Aku gam kan lace tu sekeliling. Ini idea dari pkerja Sin Yin tu bg cadangan. Tp kalau warna biru mesti lg cantik kan? Huhu. Idea pertama dtg utk gubah bunga tu jadikan ia bentuk V. So langkah kedua adalah, aku susun bunga rumput kt atas tu, sekeliling bentuk V. Oh sorry, bukan susun je, tp gam skali. Hehe.



Kat atas ni contoh hantaran yg dh siap. Fokus pada bunga rumput tu, aku buat ia as a background. Lps letak bunga rumput tu, baru aku letak bunga2 kat atas tu.. diselang seli cream, kuning and biru turquoise. Yg baby blue kecik2 tu, aku just selit2 je bila dh siap nk menampakkan lg hantaran tu ceria.

So setelah bertungkus lumus, inilah hasilnya,





Sbb xnk kasi nmpk kosong sgt, so aku try guna sarang burung tu sikit kt tengah. Nmpknye ia berguna. Tak sia2 beli aritu. Huhu



Bila tgk hantaran ni slalu terdetik. Msti lg cantik kalau lace tu warna biru kan? Huhu. Tp wlupun hantaran ni x secantik org lain, x semewah org lain, still rasa worth sbb DIY by me myself. =)






HANTARAN UNTUK PIHAK LELAKI


Hantaran utk pihak lelaki pon aku buat jgk. Tp still in progress lg. Both hantaran pon kami x guna dulang, tp guna bekas. Yg lelaki aku gune bekas besi mcm kat bawah ni,



Warna hantaran pulak mestilah mengikut warna tema, Hijau + Pink. Tak suka nk letak color lain, kalau boleh nk letak color tema jgk. Biar nmpk pelik pon bunga color hijau. Huhu. After di transform, jadilah seperti di bawah.



Letak lace manik and lace biase. Utk bunga, x decorate lg sbb takde idea and bunga pon x beli lg. Mgkin next week kot. Hee.






SIGNAGE



Mlmni aku nk share pulak my DIY Signage. Ape itu Signage? Dlm Malay term, petunjuk arah laaa. Kan biasanye wedding org buat petunjuk arah ke rumah pengantin? Sesetengah org tulis ngn tangan je.. Tp aku buat ni kasi cantik la sket.. Hehe




Yang biru tu utk majlis belah lelaki, and hijau tu majlis belah perempuan. Nampak Hijau pulak lg cantik kan? Huhu. Yg biru tu first buat, so mungkin x nmpk menarik sgt, tp still cantik. =)

Ini aku buat guna Microsoft Powerpoint, then aku printscreen. Kalau kau xtau cmne nk printscreen, kau boleh google je. Utk kedua rumah pon, aku buat 2 copies. Satu copy error tu ke kanan mcm kt atas ni, and satu lg ke kiri. So lepas ni aku just print out dlm 3-4 keping,tampal ats paper keras, then laminate xnk bg kene hujan etc. 

Ini kalau tempah, RM50 org amik utk beberapa keping sahaja. Better buat sndiri. Jimat pon jimat. Guna pic kartun je amik kt google image. Nk letak pic pengantin, jap lg nk buang jgk. Huu

Then mlm td boring2, saja2 buat yg kt bawah ni, nanti boleh letak dlm frame and letak atas meja or welcome note time majlis nanti. =)



Tp yg ni x cantik sgt la.. Ker sbb letak pic diri sndiri jadi x cantik? Huhu. Tp takpelah, buat je. Hee.. :)




BOTH HANTARAN


Entry kali ni aku just nk share kedua-dua gmbr hantaran yg dh siap digubah. Bkn digubah barangnye, tp hanya bekasnye sahaja. Barang x beli lg, so x dpt nk gubah lg. =) Seems kedua bekas nmpk sama saja corak bunganye. Cuma utk bekas hantaran kepada pihak lelaki, aku letakkan artificial rumput kt dlm bekas tu. Nmpk nice jgk. =) Jimat duit dari beli sarang burung yg mahal2 tuh. Hehe. Bunga pon mcm biase, sponge flower, nk guba hijau muda xde. So sbb mls nk ulang alik byk kali, then beli jela hijau tua pon.




Ni gambar kedua hantaran. Erm xtaula cantik ke x.. Yg biru ni cantik, rmi puji. Mgkin sbb combination color kot. Yg hijau ni pon cantik. Nmpk warna tropica. Tp nampak sama ke pattern bunga keduanye. Huhuhu. Aku dh mls nk pk lg, fokus pd brg je lepasni. Nk siapkan 25 bekas ni, rasa mcm nk tmuntah mengadap every weekend berturut2 selama 2 bulan. Tiap kali x ckup bunga, kehulu-kehilir pegi masjid India beli bunga. Duit sape jadi mangsa? Duit Shidyyy jgkkkkkk. =p

Tak cantik takpe, janji hasil tangan diri sendiri. Kepuasan itu penting =)