Thursday 29 May 2014

Hanya Kenangan.. TBJ 9896

28May2014


Dikala semua terbaring lelapkan mata.. Aku masih dikatil.. Terkenang dirimu.. Terlalu banyak jasamu kepadaku.. Allah s,w.t. pinjamkan dirimu utk ku.. Aku akui, mungkin aku tidaklah sebaik yg lain, tidak mampu menjaga amanah yg diberi sebaik-baiknya.. Aku lalai, aku cuai, aku terlalu ambil mudah, hingga ternakan diri sendiri.

4kali kau dilanggar, kau ditukar, kau ditampal, kau diubah-suai, namun kau tetap utuh berkhidmat untukku. 




Kau tak pernah sakiti aku.. Kau sentiasa menemani aku, bersama aku.. meringankan bebanku.. Kehulu-kehilir menjadi peneman aku ke kelas, ke klinik tatkala aku tiada siapa2.. Kau menjadi pelindung aku,, Amanah suami ku utk ku.. Tatkala 'pelindungku' kejauhan, aku tidak perlukan siapa2 utk menemaniku.. Hanyalah aku dan kamu.. Kemana aku pergi, apa aku ingini, kau setia menemani.. Allah s.w.t. permudahkan jalanku demi kandunganku.. 




Tatkala aku merindui "pelindungku", kau setia menemaniku.. Beratus kilometer, hanya aku dan kamu.. Kau setia berkhidmat untukku agar aku dpt ketemu dia. Pergi dan pulang hanya kau dan aku.. Allah permudahkan jalan untuk kita. 

Tatkala si dia sign off, aku sanggup ketepikan kebimbangan keluarga, kebimbangan org tua, sanggup berdepan risiko menjemput suamiku pulang.. Hanya kerana aku terlalu mencintainya, menyayanginya,, hingga aku terlupa risiko dan keselamatan diri.. Aku gigihi perjalanan bersama kamu menjemput seorang lelaki bernama suami. Aku tidak perlukan siapa-siapa,, cukup dirimu, dan Allah sebagai pelindungku. Engkau menjadi teman setia berkhidmat untukku,, membawa aku kepada suamiku..


Tatkala "pelindungku" beribu batu dariku.. Aku kuatkan diri,, sedar tanggungjawab ku kepada org tua nya.. Sekali lagi aku ketepikan kebimbangan keluarga.. demi mempertemukan seorang cucu dan atuknye.. Aku sedar tanggungjawabku, janjiku kepadanya. Sekali lagi, engkau berkhidmat untukku.. Menemani aku dan si kecil berdua.. Kau setia membawa kami.. Pergi dan balik Allah permudahkan untuk kita,,


Terbayang-bayang dirimu difikiranku,, Masihkah kau ingat? Kenangan kau dan aku takkan ku lupa.. Terlalu banyak jasamu untukku.. Mungkin tertulis segala yg baik untukku.. Kini kau pergi... Pergi dari menjadi milikku.. Sungguh, sungguh aku merinduimu,, 


 28 Dec 2012 - Dpt Kunci Kereta
29Dec2012- Dilanggar Wira (tp xde ape2 kesan)
26Sept2013- Dilanggar Van
27Dec 2013 (Genap 1 tahun) - Dilanggar Hilux (Langgar Lari)
27April 2014 - Accident di K.Trg (Dilanggar)
23May2014- Keluar Bengkel
28May 2013 - Kereta Dicuri (Gone!)

Sungguh aku merinduimu.. Keranamu, hilanglah semua kepercayaan, hilanglah semua keberanian, hilanglah kesemua harapan.. Semoga diberi kekuatan. Aku Redha.