Sunday 8 June 2014

Kesayangan

Assalamualaikum..

Memalam ni rasa mood ok pulak nk update blog. Memandangkan ladtop aku en.suami amik, jd x byk stories dpt update since semua gambar ada kat lappy. Cuma entry ni nk tuju pada en.suami kalau2 dia ada terbaca terbukak ataupun terlihat blog wife dye ni.. :)


Tehee~ kenangan 2 bulan yg lalu.. Waktu incik Edy sign off. Thank you suami.. Thank you bersusah payah arranged our holiday.. Kemana yg disebut, kesitu la yg kamu bawa.. Both of you are precious gift from Allah s.w.t. to me. I am no one without you and Thaqifah. Bila dah jadi ibu, dah ada ank sendiri, now i can define myself, I am a mom, I am wife. And you are my priority. Mungkin tak semua yg memahami, tp takpe, janji kita bahagia. Waktu semua memilih untuk belajar, aku memilih utk menjadi isterimu.. Waktu semua memilih untuk bergembira, aku menghitung bulan kandungkan zuriat buatmu..Waktu semua memilih utk bekerja, aku memilih untuk menjadi suri hidupmu, ibu buat zuriatmu.. Ketepikan semua cita-citaku, angan-anganku dan harapan org tuaku.. Aku memilih kamu.. Tp tak semua yg melihat pengorbanan itu.. Orang hanya mampu bercakap berdasarkan apa yg dilihat dan dirasa dgn pandangan kasar,, 


Org akan kata, "alah pakai baju mahal2 pon laki tanggung jgk." "pakai handbeg baru.. laki dia beli la tu,,". I am proud. Proud that my husband bought me everything. Dari bawah hingga atas, dari dalam hingga luar, semua suami. Tp sayang, tak semua yg berfikiran itu adalah tanggungjawab suami. Tp yg ada cuma lah, "dia membebani suami." Dear Husband, I want you to know, everyday I try my best to look beautiful in front of you. Apa org jual, apa org suggest, semua amik kisah. Harini org update psl product A, esk terus bank in utk product A. Lusa org update tentang product B, tulat terus bank in utk product B. Tak sampai hujung bulan, duit dalam account dah 0. Ya, mmg membazir. Sgt membazir. Tp tahukah kamu kerana apa? Kerana aku mahu kelihatan cantik utkmu.

Sebulan sebelom suami sign off, berusaha dptkan baju2 cantik, tudung2 cantik.. Dibasuh, di iron, disimpan, dan menghitung hari demi hari menanti dirimu.. Tgk org cantik, aku pon mahu cantik.. Tgk org kurus, aku pon mahu kurus. Bukan x tahu bersyukur, tp cuma berusaha yg terbaik utk kamu, wahai suami. 
Terima Kasih utk segala pengorbananmu.. Sayang sgt pd kamu, hingga obses nk jadi cantik supaya kamu x pandang perempuan lain. Boleh? hahaha =P


Wan Siti Thaqifah binti Wan Muhamad Aminorrashidy

Lambang cinta pertama papa dan mama.. Semoga membesar dgn sihat sayang.. Mama cuba sebaik mungkin mencurahkan kasih sayang buatmu.. agar dirimu tidak merasakan kekurangan membesar tanpa seorang ayah disisi.. Bagaimana kuatnya hati mama mengandungkan kamu 9bulan tanpa papa disisi, mcmtulah mama akan didik kamu menjadi seorang ank yg kuat utk papa di lautan sana.. Kamu harta tak ternilai buat mama dan papa. Kamu pengikat kasih dan cinta mama and papa. 


Both Loves, Mama sayang kedua-duanya.. Maafkan mama utk segala kekurangan dan kelemahan dlm kehidupan bersama.. Buat papa, cinta mama utk papa x pernah kurang dari dulu hingga kini. Bagaimana mama melihat papa dahulu, mcmtu lah pandangan mama pd papa hingga kini.. Tak pernah luntur walaupun sedikit.. Papa satu-satunya lelaki yg boleh lembutkan mama.. Demi Allah, sungguh aku mencintaimu sayang..

Buat Thaqifah, kamu adalah penawar buat mama.. Kehadiranmu bukanlah menjadi beban buat mama dan papa, tp memberi kebahagiaan pd semua.. Mama harap, mama dapat membesarkan kamu tanpa diberi jagaan kepada siapa2.. Semoga Allah tetapkan hati mama utk membesarkan dan menjaga kamu sepenuhnya dari hari ke hari.  


Love,
-Mama-